Education Malaysia New Zealand

Click here to edit subtitle

GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR LUAR NEGARA

1.      TUJUAN

         Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan tatacara pengurusan kebajikan pelajar di Pejabat Education Malaysia di New Zealand dalam  
         urusan kecemasan.

 

2.      LATAR BELAKANG

2.1    Panduan ini disediakan sebagai langkah-langkah bersistematik mengenai kaedah-kaedah dalam pengurusan krisis khususnya ketika berhadapan dengan kejadian bencana alam, kemalangan yang melibatkan kecederaan serta kematian pelajar. Krisis dalam manual ini ditafsirkan seperti berikut:

 

2.2    Bencana Alam

         a.      Gempa Bumi

         b.      Tsunami

         c.       Banjir

         d.       Letusan Gunung Berapi

         e.       Tanah runtuh

         f.        Puting Beliung

         g.        Kemarau

         h.        Perubahan peningkatan dan penurunan suhu yang luar dari kebiasaan.

         i.         Ribut dan taufan

         j.         Kebakaran hutan

         k.        Ribut Salji

 

2.3    Kemalangan

         a.        Kemalangan jalan raya

         b.        Kemalangan ketika perkhemahan

         c.        Kemalangan kampus (uji kaji makmal, runtuhan bangunan dan lain-lain)

 

2.4       Kebakaran

2.5       Kematian

2.6       Peperangan

2.7       Letupan Bom

2.8       Ancaman Pengganas

2.9       Gangguan /Ancaman Keselamatan Diri

2.10     Insiden Keganasan 

 

3.0       PERSEDIAAN DAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PELAJAR

3.1       Setiap pelajar sama ada pelajar tajaan atau pelajar persendirian, perlu memaklumkan kepada Pihak Penaja, Education Malaysia atau Suruhanjaya

            Tinggi Malaysia mengenai hasrat mereka untuk melawat ke Luar Negara. Education Malaysia New Zealand boleh dihubungi melalui laman web yang

            boleh didapati di alamat http://www.emnz.webs.com/ atau melalui emel:[email protected] atau [email protected]

   

            Maklumat yang perlu dimaklumkan adalah seperti berikut:

            a.      Nama

            b.      Institusi Pengajian

            c.      Bidang dan Tahun Pengajian

            d.      No. Perhubungan (Tel/Emel)

            e.      Tarikh (pergi dan balik)

            f.       Destinasi

            g.      Bilangan ahli keluarga yang terlibat (jika berkaitan)

 

3.2       Pelajar adalah dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat seperti nama pegawai dan alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang

            ingin dilawati.

3.3       Pelajar juga diingatkan supaya melaporkan diri di Kedutaan/Perwakilan Malaysia di Negara yang dilawati dan memaklumkan tempoh

            tinggal/pengajian serta alamat penginapan mereka.

 

            Pelajar boleh mendapatkan maklumat ini melalui:

            1. http://www.kln.gov.my/

            2. http://www.mohe.gov.my/ (Bahagian Education Malaysia)

 

4.0       BENCANA ALAM

4.1       Gempa bumi

     4.1.1    Sekiranya anda di dalam bangunan

                  i.    Terus berada di dalam bangunan.

                 ii.    Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulisatau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. 

                        Bergerak  ke arah  laluan sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia

                        juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh  dimana mungkin.

                 iii.   Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalamkeadaan di mana  bangunan runtuh di sekeliling anda.

                 iv.   Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, cabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan objek-objek yang berat serta boleh

                        menggelongsor dan jatuh.

                 v.    Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

                vi.    Ambil sesuatu seperti kot, selimut, buku, akhbar, kotak atau kadbod untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan

                        serpihan kaca.

               vii.    Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

              viii.     Padamkan semua api.

 

     4.1.2    Sekiranya anda di luar bangunan

                 i.    Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati dan jauh daripada wayar elektrik, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang

                       lampu.

                 ii.   Jauhi daripada talian elektrik yang jatuh.

                iii.   Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

 

      4.1.3   Sekiranya anda di dalam bangunan yang sesak

                 i.    Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama.

                ii.    Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

                iii.    Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

 

     4.1.4    Sekiranya anda di dalam bangunan tinggi

                i.     Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.

               ii.     Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.

               iii.    Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya

                      pemindahan diperlukan.

               iv.    Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

               v.    Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

                      

     4.1.5    Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

               i.     Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-batu, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

                       

    4.1.6    Sekiranya anda di dalam kereta yang bergerak

               i.     Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah 

                      jambatan atau lintasan atas kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.

              ii.     Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk

                      menilai situasi anda.

             iii.     Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah

                     jatuh, wayar elektrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

 

4.2       Banjir

    i.      Segera memaklumakan kepada Pengarah Education Malaysia atau Atase Pendidikan atau mana-mana pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New

            Zealand.

   ii.      Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini.

  iii.      Mengambil barang-barang keperluan asas.

  iv.      Mengunci pintu bilik dan pintu rumah.

   v.      Berada di tempat tinggi sekiranya tidak sempat berpindah.

  vi.      Matikan semua punca elektrik dan gas.

 vii.      Jangan mengharungi air yang dalam dan deras.

viii.      Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara.

  ix.      Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari semasa ke semasa.

  x.      Pelajar-pelajar lelaki perlu membantu pelajar-pelajar perempuan dalam proses evakuasi.

 xi.      Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin kepada kaum keluarga di Malaysia.

xii.      Pastikan makanan yang diambil bersih dan minum air yang telah dimasak.

xiii.      Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikhuatiri demam panas atau demam denggi.

 

 4.3       Carta aliran kerja menghadapi bencana alam            

                     1. Pejabat Education Malaysia/ Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington  dimaklumkan dengan segera.

                        

                         Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington: 04 385 2439

                         Pengarah Education Malaysia                   : 04 381 3167

                         Atase Pendidikan                                     : 04 381 2439 @ 0223990767

      

                     2.  Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis di peringkat Pertubuhan Pelajar

                          Keahlian: Presiden, Setiausaha, Bendahari Persatuan Pelajar Sarjana  Muda Pasca/Siswaza

                     3. Cadangan Tempat Perhimpunan untuk usaha menyelamat pelajar  

                     4.  Menyediakan maklumat terkini situasi – setiap 2 jam kepada pelajar                  

                          Melalui e-mail      : [email protected]

                          Melalui Facebook: //www.facebook.com/edumnz

 

 5.0       KEMALANGAN

       i.      Hubungi Pengarah EMNZ atau Atase Pendidikan dan rakan-rakan untuk memaklumkan dan  mendapatkan bantuan yang perlu.

       ii.     Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga

               kepada pihak polis  untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. 

       iii.    Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumanberkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis daripada anda,

              serta pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan

              dan lain-lain.

      iv.    Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan.

      v.     Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau   orang ramai yang berada di tempat kemalangan.


5.1       Langkah-langkah ketika berlaku kemalangan pelajar                   

                   1.    Mendapat maklumat mengenai kejadian daripada pelajar/ pihak

                          berkuasa/universiti

                   2.    Maklum Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia mengenai butir-butir   

                          kemalangan seperti berikut:

                         -          Nama pelajar yang terlibat

                         -          Lokasi kejadian

                         -          Jenis Kemalangan

                         -          Tahap kecederaan

                         -          Penaja/Waris pelajar


                   3.   Dapatkan pengesahan dari pihak Universiti, Polis dan Hospital

                        -          Tentukan Pegawai EMNZ hadir di lokasi kejadian

                        -          Maklum situasi semasa


                   4.   Bekal maklumat terkini pelajar/keluarga pada Suruhanjaya Tinggi  

                         Malaysia Wellington/KPTM           

                        -          Maklumat pelajar berdasarkan lokasi

                        -          Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi

                                         o Alamat terkini Pelajar dan waris terdekat

                                         o Nombor telefon terkini

                                         o Rakan serumah/bilik

                                         o Nama penaja

                       -          Dokumen-dokumen penting yang perlu

                                         o Sijil lahir/passport

                                         o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan


 6.0       KEMATIAN

        i.       Sila maklumkan segera kepada Pengarah EM atau Atase Pendidikan jika

                 berlaku kematian di kalangan pelajar.

        ii.       Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai EMNZ tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.

       iii.       Pegawai EMNZ akan hubungi keluarga/waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.

       iv.       Pegawai EMNZ akan maklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta 

                 bahagian kewangan dan fakulti.

        v.       Pegawai EMNZ menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan  \

                 sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

       vi.       Pegawai EMNZ menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika 

                 diminta oleh  keluuarga/warisnya.

 

 7.1       LANGKAH-LANGKAH KETIKA BERLAKU KEMATIAN

 

                        1.   Mendapat maklumat kematian pelajar daripada polis/universiti/Persatuan Pelajar Malaysia/hospital                              

                        2.   Maklum Pihak Kedutaan Besar Malaysia/Suruhanjaya Tinggi/ Konsulat Jeneral butiran kematian:

                                              -          Nama pelajar

                                              -          Lokasi kematian

                                              -          Punca kematian

                                              -          Penaja/ alamat dan telefon waris pelajar

                        3.   Dapatkan pengesahan dari pihak polis, hospital dan universiti

                                              -          Tugaskan pegawai EM dilokasi kejadian

                                              -          Maklumat insuran dari pihak universiti/penaja

                                              -          Maklum situasi semasa

                       4.     Membuat persiapan pengurusan jenazah

                                              -          Hubungi funeral home berdekatan dengan hospital

                                              -          Buat persiapan memindahkan mayat dari hospital ke funeral home

                                              -          Hubungi Islamic Center bagi jenazah pelajar Muslim

                                              -          Hubungi pihak MAS Kargo untuk penghantaran pulang

                                              -          Dapatkan kos pengurusan jenazah, tambang kargo dan pegawai pengiring

                       5.     Uruskan dokumen-dokumen kematian

                                              -          Pasport pelajar

                                              -          Sijil kematian dikeluarkan oleh pihak hospital

                                              -          Embalming Certificate dari funeral home

                                              -          Surat pengesahan kematian dari Kedutaan Malaysia

                                              -          Dokumen-dokumen lain dari funeral home

                       6.     Uruskan penghantaran balik ke Malaysia

                                              -          Tugaskan pegawai pengiring

                                              -          Kos pengurusan-dapatkan maklumat/kelulusan dari KPT/Penaja

                                              -          Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

 

                       7.      Penyerahan jenazah

                                              -          Maklum intinerari kepada waris dan KPT

                                              -          Wakil KPT menerima jenazah di terminal Kargo KLIA

                                              -          Urusan pengkebumian oleh pihak waris pelajar

                                              -          Laporan lengkap kepada Kedutaan Malaysia dan KPT

 

8.0       KEBAKARAN

      i.       Pastikan setiap rumah dilengkapi dengan alat pemadam api.

     ii.       Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada

              semua penghuni rumah/bangunan.

    iii.       Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya.

    iv.       Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah/bangunan dengan kadar segera.

     v.       Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari tempat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam

               bangunan tinggi.

    vi.       Sila baca arahan/panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba/keselamatan bangunan.

    vii.      Jika asap tebal telah memenuhi bilik/bangunan, basahkan kain/tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau

               meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal.

    viii.      Jika telah selamat berada di luar rumah/bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat.

     ix.      Jangan masuk semula ke dalam rumah/bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan pastikan berada jauh dari kawasan

               kebakaran.

      x.      Bantu pasukan bomba/penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam

               rumah/bangunan jika diminta.  


8.1       LANGKAH-LANGKAH KETIKA BERLAKU KEBAKARAN


     1.     Mendapat maklumat kebakaran dari pelajar /pihak berkuasa/universiti

     2.     Maklum Pihak Kedutaan Malaysia/Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Jeneral mengenai butiran kebakaran seperti berikut:

                         -          Maklumat mangsa kebakaran yang terlibat

                         -          Lokasi kejadian dan punca kebakaran

                         -          Penginapan sementara mangsa

                         -          Lapor kes kecederaan atau kematian

                         -          Dapatkan pengesahan dari pihak universiti, hospital dan polis

                         -          Tugaskan pegawai EM di lokasi kejadian

                         -          Maklum situasi semasa


     3.     Salur maklumat terkini mangsa pada Kedutaan Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Jeneral dan KPT seperti butiran berikut:

                         -          Maklumat pelajar berdasarkan lokasi

                         -          Bilangan sebenar pelajar terlibat beserta maklumat peribadi

                         -          Alamat terkini pelajar dan waris terdekat

                         -          Nombor telefon terkini

                         -          Rakan serumah/bilik

                         -          Nama penaja

                         -          Dokumen-dokumen penting yang perlu

                                                          o Sijil lahir/passport

                                                          o Maklumat visa dan insuran


     4.     Urusan penghantaran balik ke Malaysia

                          -          Pegawai pengiring

                          -          Kos Pengurusan  –  dapatkan maklumat/kelulusan daripada KPT/Penaja

                          -          Maklum balas dari keluarga/waris pelajar

     5.     Uruskan penghantaran ke hospital untuk rawatan lanjut

                          -          Urusan insuran

                          -          Tabung bantuan kecemasan (tabung amanah)

                          -          Nasihat insuran

                          -          Laporan lengkap kepada KPT


9.0       PEPERANGAN

            i.          Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam

                           Negara tempat belajar atau negara-negara jiran.

            ii.         Hubungi Pengarah EM atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.

            iii.        Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam beg khas dan

                       diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.

            iv.        Tunggu arahan lanjut daripada pihak EM dan tidak mengambil tindakan sendiri

                       sebelum mendapatkan pandangan/kelulusan pihak EM.

            v.         Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang

                       demonstrasi jalanan.

           vi.        Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak

                       anda untuk turut serta secara sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai     

                       peperangan yang berlaku.

           vii.       Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda

                      sentiasa berada di dalam rumah/bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan.

          viii.       Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti

                      atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat anda diizinkan pulang

                      ke rumah.

          ix.        Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan

                      peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.

           x.        Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan

                      atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak EM dan berkumpul di tempat yang

                      di arahkan secepat mungkin.

 

10.0     INSIDEN KEGANASAN

           i.        Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi media dan berita perdana tempatan.

           ii.       Mengelakkan diri dari kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan.

           iii.      Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak

                     berkuasa tempatan.

           iv.      Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

           v.      Melaporkan pada pihak EM, penaja, universiti dan rakan-rakan sekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh

                    mengancam keselamatan pelajar Malaysia.


11.0     GANGGUAN/ANCAMAN KESELAMATAN DIRI

           i.       Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di  mana  anda  berada. 

           ii.      Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi terutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang

                    digunakan oleh orang ramai.

           iii.     Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutama golongan remaja. Gunakan

                    laluan alternatif dan jangan hiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

           iv.    Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka ada

                    keadaan di sekeliling anda.

 

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh diajukan di halaman pertanyaan kami

 

Oops! This site has expired.

If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.